https://nambikaionline.wordpress.com/

https://nambikaionline.wordpress.com/
http://themalayobserver.blogspot.my

Sunday, December 14, 2014

Kejatuhan Najib 1MDB 'permainan' Dr M

We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.

 Najib dah penat bekerja utk memakmurkan rakyat. Sidang parlimen pun dia tak dak masa jenguk muka sbb terlalu sibuk bekerja.. jadi dia nak bercutilah pulak, tengok menantu, shopping cari idea baru  kali ini tepat dan benar sekali ! rakyat kita sekarang semakin tertekan dengan pinjaman bank dan kehidupan harian yg membebankan, duit merudom, saham merudom, perniagaan merudom kenapakah masih lagi PM kita tidak mahu menumpu masalah rakyat dan asyik keluar negara !!! yang baik kita jadikan teladan tak kira siapa dia ! komen pok heng kali ini bagus dan tepat sekali.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi ‘nasihat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.“Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

“Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara,” katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim (atas) turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan."Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.
Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.
"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.
Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.
"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".
1MDB sebagai satu skandal terbesar era Datuk Seri Najib Razak dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.
Laporan polis oleh salah seorang pemimpin Umno bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.
Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai:
a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 bilion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)
b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International
c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 juta
d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tinggi dari kadar pasaran
e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan
f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran
g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman
Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB.
Kabinet dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri, mengambil kesempatan membincangkan isu ini.
Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?
Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?
Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media? Tentulah dengan niat yang tertentu.
Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan baru ini? Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin Umno bahagian.
Bukankah menjelang PAU baru­-baru ini, presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB

No comments:

Post a Comment