https://nambikaionline.wordpress.com/

https://nambikaionline.wordpress.com/
http://themalayobserver.blogspot.my

Saturday, December 13, 2014

Nur Jazlan, Dia binatang. dia bangsat.Semasa di UDA apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?

 ini bukan soal pembangkang ke pemerintah ke. Ini soal duit negara. Duit negara tu duit rakyat. Nak kelirukan apa tun det pun dah komen tentang ni. Janganla ngong sangat.
Sebelum 1MDB membinasakan Najib, Isu Khalid Ibrahim dan Selangor sebenarnya telah lama menjahanamkan PAS dan seluruh sekutu2 jahat mereka. 

Begitulah seterusnya, hukum qada qadar akan terus berjalan. Manusia yang membuat kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, manakala yang membuat makar dan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan oleh Tuhan yang Maha Esa. >>>Jadi, janganlah membuat fitnah seperti mana yang anda perhatikan pada pembangkang.Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.

"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.
Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.
"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.
Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka.
"Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya.
"Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.
Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.
"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman?
"Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.
"Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya




Naib presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan bahawa masa depan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan binasa apabila dakwaan skandal dalam syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad didedahkan.

Husam menjangkakan bahawa serangan ke atas Najib akan dilancarkan oleh tokoh yang kuat berpengaruh dalam Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum tamat penggal parlimen ini.

“Saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun (Mahathir), sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang,” kata Husam dalam kenyataannya.

No comments:

Post a Comment