https://nambikaionline.wordpress.com/

https://nambikaionline.wordpress.com/
http://themalayobserver.blogspot.my

Sunday, December 14, 2014

Tengku Adnan dibelasah’ Dr Mahathir"menasihati" agar menarik balik, laporan polis terhadap 1MDB,

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara suara lantang mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.

We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan laporan polis berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad yang dibuat oleh Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan menyifatkannya  sebagai terpengaruh dengan pihak pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menggesa Timbalan Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis terhadap syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datang daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya tak faham."
Beliau menasihatkan ahli Umno yang lain berbincang dan mengemukakan sebarang persoalan dalam parti jika mempunyai sebarang masalah dan tidak mendengar kepada pembangkang kerana ia hanya akan mengundang masalah.
"Mengapa kita perlu masuk dalam perangkap pembohongan pembangkang?" soal beliau.
Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau merancang berjumpa dengan Khairuddin untuk "menasihati" agar menarik balik laporan polis yang dibuat semalam.

People in Malaysia are asking where Zhen Low is getting all this money to waste on Paris Hilton. And Low's father is not happy with all this unwanted publicity back at home. He is the brother of notorious partyboy Taek Jho Low, who may or may not be an arms dealer according to press reports. Nothing like a good champagne ordering contest to spice up your vacation. Low won, with the $2.6 million bill but people back at home are questioning his lifestyle and businesses. Anyway, Zhen (or Taek) should keep in the back of his mind the fact that all the money on Earth can't cure herpes. All I see in these photos is a topless herpes spreader doing her thing. In an unrelated story: all of the jellyfish around St. Tropez have contracted herpes.
Now we must hear what our Prime Minister has in mind when he delivers his Amanat Presiden to the UMNO General Assembly. Will he contradict his Deputy Prime Minister who has set a conciliatory tone for UMNO delegates? Embrace Malaysia with its rich diversity and face the challenges of intense globalisation with strong faith in our own people.–

UMNO Schools for scandal Finally, an UMNO guy has got out of the feudalistic mindset and starting to question the leadership. This should be the way to ensure good governance and competent leadership.the main reason that  delegate laments  so hung up about their FirstLady is that they have only one.Rosmah
We IMalaysians, on the other hand, don’t make a big thing about her

Seorang daripada 25 bekas penjawat awam kanan yang menulis surat terbuka meminta perdana menteri menunjukkan kepimpinannya terhadap kumpulan sayap kanan yang tiada toleransi, melontarkan kritikan pedas pada PERKASA dan ISMA.

Sinchew Daily melaporkan, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin (bawah) membidas dua NGO itu kerana melakukan serangan peribadi, bukan berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat itu.

Katanya, jika tuntutan ISMA dan PERKASA bahawa mereka mewakili sebahagian besar Melayu adalah benar, barulah ia perlu diberi perhatian.

"Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita," katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Dalam laporan itu, beliau berkata semua 25 bekas penjawat awam terlibat amat bimbang jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau.
Astro Awani melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata tindakan Khairuddin bukanlah pendirian parti itu dan juga Umno Pulau Pinang.
"Ini masalah ahli Umno yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar apa-apa sahaja cerita daripada laman web, Internet atau media sosial," beliau dipetik sebagai berkata.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau sudah menghubungi Umno Pulau Pinang mengenai perkara itu dan dimaklumkan pihak negeri sudah membincangkan perkara itu untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.
"Saya akan melihat apa yang Umno negeri  cadangkan ... jika dia (Khairuddin) melanggar peraturan parti, maka kita akan mengambil tindakan tetapi belum lagi. J‎adi kita akan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan seterusnya," katanya sedih.
Ku Nan juga mempertahankan kontroversi 1MDB, berkata syarikat itu banyak menyumbang, walaupun beliau tidak menyatakan apakah sumbangan itu.
Selain itu, ia turut membuat keuntungan dan kerugian, sama seperti mana-mana syarikat lain, beliau dilaporkan berkata.
Dalam laporan polis itu, Khairuddin meminta penyiasatan lebih "terperinci dan menyeluruh", menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pengarah 1MDB, dan wakil daripada mana-mana syarikat yang mungkin terlibat dalam skandal itu.
Katanya, beliau membuat laporan terhadap syarikat dan lembaga pengarah selepas mengkaji pelbagai laporan dalam media cetak nasional dan antarabangsa serta media online yang "jelas terbukti" terdapat kelemahan dalam pengurusan dana pembayar cukai 1MDB.
Khairuddin juga berkata beliau akan membuat satu lagi laporan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, jika tiada tindakan diambil.
1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

No comments:

Post a Comment